Saturday, January 12, 2008

BUNGA DAN BUAH

Buah yang berputek itu datangnya dari bunga. Jika tiada bunga, maka tiadalah buah. Jika sudah berbuah, maka layu dan berguguranlah kelopak bunga dan tiadalah lagi bunga. Oleh itu bunga mesti datang dahulu, kerana bila sudah datang buah lidah menjadi kelu dan membisu seribu bahasa. Itulah dia bunga-bunga bahasa orang dulu-dulu. Dikatakan tentera kebangsaan dan tentera antarabangsa untuk melarang mungkar dengan tangan, kerana dengan hati itu selemah-lemah iman. Dikatakan orang dalam pagar kerana dibenteng dengan semangat kental dan diikat dengan kasih sayang dan silaturrahim yang erat dan kesatuan yang teguh. Dikatakan satu cap kerana setiap orang itu mempunyai satu pembawaan, matlamat dan misi yang sama. Dikatakan cap junjung kerana setiap orang menjunjung benda yang sama dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Dikatakan 30 kerana al-quran itu mengandungi 30 juzuk dan 6666 ayat. Dikatakan baiah itu kerana Nabi SAW telah membaiah kaum ansar sebelum berhijrah dan setibanya diMadinah kaum muhajirin disambut oleh kaum ansar degan penuh kasih sayang macam saudara sendiri. Dikatakan 36 atau 360 kerana jumlah bunga dan buah itu 360,pada masa dahulu. Senarnya saya tidak mahu bercerita banyak benda-benda yang tersirat kerana benda-benda yang tersurat ada pada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA,MALAYSIA. http://www.pekida.org/ dan http://www.pekida.com.my/). Saya harap jangan sesiapa salah anggap terhadap saya keraa saya orang susah, kaki saya sudah putus dan mata sudah ceme. Saya tinggal diKepala 30, Jalan Tambun Tulang, Arau, Perlis. Kalau nak pergi rumah saya sila ikut lorong kepala 30, sampai simpang 3, pusing kiri, rumah saya nobor 3 dari simpang, kedepan lagi nombor 5.rumah bapa saya. Rumah ibu saya dibatu 9 dan saya dulu bersekolah dibatu 12. Saya masih lagi ada bapa tetapi tak cantik sebab mata dia ceme kaki dia capek, kepala botak dan perut buncit. Bapa saya dulu datang dari seberang laut. Dia datang kesini naik tongkang, tambang masa tu cuma 3 duit. Lepas tu dia jalan kaki sampai sini. Dia datang 3 orang, cuma dia sorang saja yang sampai sini, yang lain duduk dipantai. Orang tua saya cakap sampai tengah jalan dia jumpa orang mati tapi dia tak angkat sebab itu hantu. Dia kata dia asal dari batu puteh dan sekarang duduk di bukit tinggi. Saya tanya 7 kali 3 berapa, dia jawab 24. Saya tanya kenapa lebih 3. Dia kata itu kita punya modal. Dia kata dia ada simpan orang kuat. saya tanya berapa orang? Dia kata 5 orang. Saya tanya siapa nama? Dia kata itu rahsia. Orang tua saya cakap kita mesti tunjuk dua perkara iaitu 3 modal dan 3 kuasa dan bawa kemana-mana 5 orang kuat. Kura-kura emas mesti disimpan sebagai lambang kekayaan. Kesatuan kita mesti kuat saperti kuatnya harimau. Keanggunan kita mesti dijaga saperti anggunnya merak emas.

No comments: